Thursday, December 8, 2011

Pengalaman bersalin yg sebenar-benarnya

Alhamdulillah, akhirnya Allah mengizinkan jua aku melahirkan anak kesayanganku, Muhammad Firas bin Mohd Shuhaibul Fadly tepat jam 8.25pg, 13/11/2011. Entry ini ditulis setelah 26 hari aku deliver. Semuanya dek kerana busy dgn proses berpantang, jaga dan menyusukan baby dsb. Maklumlah kali pertama bergelar ibu semuanya nak kena belajar dan ditunjuk ajar :)....

Kesakitan yg aku alami sebelum bersalin bermula lbh kurang 5.00pg. Aku rasa contraction yg lain drpd biasa walaupun hanya sekali sekala. Tepat jam 5.30pg aku nekad kejutkan husband utk bersiap dan kejutkan mak ayahku yg turut berada dirumahku masa tu. Lepas diorg mandi dn solat subuh, terus kami bergegas ke Klinik dan Pusat Bersalin Alam Damai, Cheras. (tp aku tak sempat solat sbb dh nmpak darah keluar).

Sampai klinik dlm pukul 6:30pg, doktor cek bukaan dah 7cm. Aku dibawa terus ke labour room dan cek bukaan kali kedua 9cm (hanya dlm 2minit). Doktor suruh aku push, maka aku pun push tp tak keluar2 jgk baby ni hehehe..dia suh push mcm nak buang air besar tp aku ttp tak reti jgk haha ke aku tak push cukup kuat. Maklumlah pg2 hari tak sempat nk makan ape2...yg aku tak boleh lupa doktor terpaksa keluarkan air kencing melalui tiub sbb pundi kencing aku penuh. Kalau tak lg lambat baby nak keluar sbb tekanan dr pundi kencing tu.

Waktu ni, contraction yg aku rasakan bukan main lg. 'Menyabung nyawa', itulah perumpamaan paling tepat utk aku gambarkan. Aku tak kisah siapa kat sekeliling aku hehe, menjerit je bila time contraction datang. Last2 doktor beri suggestion utk vacuume sbb dia tgk kepala baby ssh nak keluar dan graf jantung baby pun dah turun naik. Aku dn husband ok kan aje asalkan baby keluar. Tak sampai 2 minit doktor vacuum + aku push sekuat hati dgn panjangnye sampai sesak nafas aku, barulah aku dgr tangisan anakku yg selamat dilahirkan..Alhamdulillah syukur sgt ya Allah....

Terima kasih yg tak terhingga utk pasangan gynea yg bersabar dgn kerenahku sepanjang kelahiran ini iaitu Dr Jamil Omar dan Dr Mazlah Bidin. Both of them are very soft spoken and good looking too :). Walaupun aku taknak push tp diorg sbr je and still speak nicely to me. Sesungguhnya mereka ini sgt baik hati..aku doakan semoga mereka dikurniakan kebahagiaan dunia akhirat..amiin..

Wednesday, November 9, 2011

Pengalaman bersalin tak jadi..hmmm

Nak cecite la jgk pasal pengalaman bersalin tak jadi ni..hmm bila agaknya baby nak keluar ye..excited ada nervous pun ada takut pun ada lagi2 bile org ckp kalau bila sakit nak bersalin tak boleh nk senyum dahh..ape2 pun aku akan terus berdoa semoga kelahiran ini dipermudahkan olehNya..amin..

Jumaat - 4/11/2011
Pagi tu aku masak nasi goreng utk sarapan tapi terlebih cilipadi kut. Malam tu perut aku meragam last2 terpaksa berulang alik ke toilet sampai 3,4 kali jugak. Lama2 sakit perut pun lega dan aku pun tertidur sampai la pagi dgn lenanya..

Sabtu - 5/11/2011
Bgn tidur je terus sakit perut lg mcm contraction tp tak kerap dn masih boleh thn lg. Aku budget ni mesti kesan2 sampingan semalam yg tertinggal. Aku pun wat dek je. Ikutkan harini nk balik muar nak sambut raya haji esok. Tp hubby ckp tgu la sakit lega dulu takut sakit perut tu sakit nak deliver dah. Tghari tu mls nak masak so keluar jalan2 berdua pegi makan nasi ayam penyet kat bangi ni je. Pastu pegi cari lemang kat kg Teras Jernang (org kata kat sini sedap..mmg kompem sedap pun). Dlm masa sama aku pun timing contraction sbb rasa mcm semakin lama semakin kerap (5 min skali). Aku call makcik bidan nak mtk nasihat dia tp dia ckp biar je dulu tgu sampai kuar drh. Tp alang2 dah keluar tu aku pun pegi jgkla hospital serdang. Doktor ckp bukaan dah ada 2 cm then waktu tu jugakla ada tanda darah turun. Tgu punye tgu doktor pakar,then dia ckp boleh balik dulu sbb contraction tak berapa kuat lg,jln pun baru 2 cm. Datang balik bila contraction 3-4 kali dlm 10 min atau darah keluar byk (kalau takat drh sikit campur lendir2 tu tak payah dtg lg) atau air ketuban pecah pun kene dtg immediately. Dia tgk rumah aku dkt dgn spital so dia berani lps kan aku balik lps scan perut aku dn cek air ketuban ok,jantung baby pun ok. Aku lega jugak bile dia suh balik sbb aku tak tahan sakit kene seluk cek bukaan jalan tu :) Ayat doktor pakar tu yg aku igt sampai skang "kalau btl dh timing awak nak bersalin,takdenye awak bole senyum mcm ni lg" (hehe..nak wat camne dh murah senyuman :)).

So aku pun balik makan lemang dn rendang yg dibeli tadi dan aku anggap contraction tadi tu adalah pre-labour atau false labour je.

Ahad - 6/11/2011
Raya haji berdua je kat bangi sbb tak berani balik kg since dh ada tanda darah. Tp harini cuma ada mild contraction je tp tak kerap.

Isnin - 7/11/2011
Harini pun cuma ada mild contraction je. So tak pegi mana2 pun. Aku just pastikan baby gerak mcm biasa je.

Selasa - 8/11/2011
Pon masih belum ada tanda2 yg doktor cakap tu..sempat gi umah adik kat shah alam..hmm masih menanti dan menanti..dll hati duk fikir "berapa cm dah agaknya skrg ni ye...?"

Friday, November 4, 2011

UNESCO dan Palestine

Assalamualaikum,

Tak bermaksud nak berpolitik apatah lagi politik dunia ni...tapi jauh disudut hati tu sebenarnya aku suka mengikuti perkembangan negara Palestine ni. Maklumlah mereka ni bangsa tertindas, tidak diakui kewujudannya oleh dunia terutama kuasa besar seperti US. Dan lagi mereka adalah saudara dan sahabat muslim kita jugak.

Hmm baru-baru ni Palestin telah diterima masuk dlm UNESCO iaiti salah satu cabang PBB yang bertujuan untuk perdamaian dan keselamatan dengan mempromosikan kerjasama antarabangsa melalui bidang pendidikan, sains dan kebudayaan. Boleh google untuk lebih lanjut. Berita ini pun aku dapat melalui page Palestinkini yg aku like dlm facebook (aku nak baca satu-satu blog atau nak tgk berita tu kadang-kadang tak sempat). So saja aku like page ni untuk melihat perkembangan Palestine (sbb hari2 buka facebook so boleh dpt info terus). Aku berminat nak tahu negara mana yg telah mengundi Palestin utk menjadi anggota UN (UNESCO) ni. Cari punya cari last2 jumpa jugak info yg aku cari. Kalau berminat, bolehlah tgk senarai kat bawah ni;

Negara yang membantah (TIDAK): Australia, Canada, Czech Republic, Germany, Israel, Lithuania, the Netherlands, Palau, Panama, Samoa, Solomon Islands, Sweden, United States of America, Vanuatu.

US dgn Israel mmg dah tentu2 membantah. Australia, Canada, Czech Republic, Germany ni igt diorg best sgt nak say 'NO'. Tapi aku tahu rakyat diorg ramai yg tak bersetuju. The rest of small countries tu (takat pulau2 kecik), aku bygkan diorg dh kene cucuk hidung dan dh jadi 'balaji' si US ni. So nak taknak kene ikut jela.

Negara yang bersetuju (YA): Afghanistan, Algeria, Angola, Argentina, Armenia, Austria, Azerbaijan, Bahrain, Bangladesh, Belarus, Belgium, Belize, Benin, Bhutan, Bolivia, Botswana, Brazil, Brunei Darussalam, Burkina Faso, Cambodia, Chad, Chile, China, Congo, Costa Rica, Cuba, Cyprus, Democratic People’s Republic of Korea, Democratic Republic of Congo, Djibouti, Dominican Republic, Ecuador, Egypt, El Salvador, Equatorial Guinea, Finland, France, Gabon, Gambia, Ghana, Greece, Grenada, Guatemala, Guinea, Honduras, Iceland, India, Indonesia, Iran, Iraq, Ireland, Jordan, Kazakhstan, Kenya, Kuwait, Kyrgyzstan, Lao People’s Democratic Republic, Lebanon, Lesotho, Libya, Luxembourg, Malawi, Malaysia, Mali, Malta, Mauritania, Mauritius, Morocco, Mozambique, Myanmar, Namibia, Nepal, Nicaragua, Niger, Nigeria, Norway, Oman, Pakistan, Paraguay, Peru, Philippines, Qatar, Russian Federation, Sant Lucia, Saint Vincent and the Grenadines, Saudi Arabia, Senegal, Serbia, Seychelles, Slovenia, Somalia, South Africa, Spain, Sri Lanka, Sudan, Suriname, Syrian Arab Republic, Tunisia, Turkey, United Arab Emirates, United Republic of Tanzania, Uruguay, Uzbekistan, Venezuela, Viet Nam, Yemen, Zimbabwe.

Ni baru negara yang berani dan berpendirian (termasuklah Malaysia). Tapi yang hairannya media kita tak begitu gah mewar-warkan perkembangan ni..sedangkan aku rs ini perkara sgt membanggakan sbg seorg muslim. Kenapa aku ckp bangga...sbb ini adalah langkah pertama kebangkitan hubungan diplomatik Palestine dgn dunia keseluruhannya. Bygkan betapa sayunya hati bila tgk dlm peta dunia, negara Palestine disamarkan (dibelang-belangkan) seolah-olah takde ape kat situ. Takpun ia dianggap negara Israel la'natullah.

Negara berkecuali (Tak nak vote): Albania, Andorra, Bahamas, Barbados, Bosnia and Herzegovina, Bulgaria, Burundi, Cameroon, Cape Verde, Colombia, Cook Islands, Côte d’Ivoire, Croatia, Denmark, Estonia, Fiji, Georgia, Haiti, Hungary, Italy, Jamaica, Japan, Kiribati, Latvia, Liberia, Mexico, Monaco, Montenegro, Nauru, New Zealand, Papua New Guinea, Poland, Portugal, Republic of Korea, Republic of Moldova, Romania, Rwanda, Saint Kitts and Nevis, San Marino, Singapore, Slovakia, Switzerland, Thailand, Macedonia, Togo, Tonga, Trinidad and Tobago, Tuvalu, Uganda, Ukraine, United Kingdom, Zambia.

Negara berkecuali ni aku anggap tak berpendirian dan pengecut. Berani kerana benar la sedara...kalau jadi kat negara diorg baru tau..

Negara tidak hadir (Absent): Antigua and Barbuda, Central African Republic, Comoros, Dominica, Eritrea, Ethiopia, Guinea-Bissau, Guyana, Madagascar, Maldives, Marshall Islands, Federated States of Micronesia, Mongolia, Niue, Sao Tome and Principe, Sierra Leone, South Sudan, Swaziland, Tajikistan, Timor-Leste, Turkmenistan.

Secara keseluruhannya, 14 negara membantah kemasukan Palestin dlm UN, 52 negara berkecuali, 107 bersetuju manakala 21 negara ahli tidak hadir. Sila saksikan video pengumumannya di bawah;


 

Friday, October 14, 2011

Menanti zuriat .. perkara yang tak perlu ditanya ...

Antara statement yang sering kita dengar;

1) "Ingat ada anak ni senang, nak berjaga malam bagi susu, beli pampers, bawak ke klinik bila sakit...dan jgn haraplah dapat berkepit berdua je lps ni..NO PRIVACY bile ada anak ni..".

..ni mmg ayat standard dari orang yg takde masalah dapatkan anak..this is sooo double meaning ok...nk jaga hati org tak perlu sampai nak tunjuk mcm anda tak bersyukur..

2) "Bila nak ada baby ni?...anak makcik si polan A tu kahwin terus lekat...si polan B tu kahwin awal dari ko kan,dah masuk 2 dah anak dia"

wahhh ni lagi ayat plg laser. Syukurlah Allah bagi rezeki awal-awal makcik...kompem 8 thn tak bercakap dengan makcik ni lagi...

3) "Takyah la merancang sangat..masa muda ni lah nk buat anak banyak-banyak.."

Kalau tak tahu hujung pangkal cerita jgnlah tuduh mcm tu...seolah-olah menanti jawapan yg kononnya kami tak merancang tp tak subur..btl tak?

4) "Pergilah bercuti mana-mana...balik nanti kompem melekat punye.."

Kalau bercuti kompem melekat, dah 10 dah anak kami cik..

5) "Rileklah..buat ape nak fikir sangat..tak pyh stress2" 

kalau korang tgh sakit mcm demam ke atau lagi teruk mcm cancer, pernah tak orang ckp mcm ni kat korang..ape korang rasa?..sure nk bg sebijik kan?? begitu juga kesuburan yg tak mengenal siapa..well my fren, its not easy to battle infertile..

6) "Kalau susah sangat ambiklah anak angkat...byk kes dh amik anak angkat ni terus melekat lps tu."

Wahh..pandainya teka yg kami dah give up untuk dapatkan zuriat sendiri ye..Kajian tak cerita pulak peratusan kesuburan meningkat selepas ambil anak angkat,harap maklum ye...Adoption is a calling and not a fallback plan.

7) "Try jela buat IVF..."

this is somewhat easier said than done..dlm contoh lain, "barang ni takde jual kat Malaysia, cuba cari kat Zimbabwe"..ada 1000 alasan kenapa pasangan yg menanti cahaya mata bertahun-tahun masih tak buat IVF. Antaranya, kos yg tinggi, prosedur yg panjang (merangsang ovari untuk hasilkan telur yang banyak dan kemudiannya dicampur dgn sperma dlm bekas khas bla..bla), persediaan yg rapi mental dan fizikal hanya untuk peratusan kejayaan yg hanya 30-35% (utk wanita < 35thn)...AND NO MONEY BACK GUARANTEED..

Moral of the story
Mereka menerima takdir bahawa rezeki mereka belum sampai, mereka sedang bersangka baik dengan Allah S.W.T. Tapi kenapa perlu disakiti hati mereka dengan bertanyakan tentang perkara yang mereka sendiri tiada jawapannya. Kesabaran mereka sedang berada dikemuncaknya, janganlah diganggu-gugat lagi.

Friday, October 7, 2011

nak complain pasal UNIFI

entry kalini saje je aku nak luahkan ttg ketidakpuashatian pd unifi..baru tak sampai 2 bulan langgan dh jd mcm ni. Ada ke patut kt byr2 mahal2 (mini rm145) tp service sama je mcm streamyx dulu..semua nak tgu 24 hours. Kes aku ni plak kene tgu sampai 2 hari..alasannya hari ni (rabu) bukan hari maintenance..

Geram mmg geram..bkn ape, kalau aku ni bukan pengguna internet tegar takpela jgk, aku ni mencari rezeki melalui internet ni, kalau internet problem aku kene pegi office ke damansara tu..bygkanlah nak travel dgn pregnant 8 bln ni dr kajang ke damasara tu..dgn duit tol n myk lg..mana nak larat..

dah tu pulak keje aku ni plak kdg2 aku kene berconference dgn boss, so nak taknak aku terpaksa guna hp utk dial in conf call tu..costing lg...

antara option yg aku bole guna kalo taknak pi ofis, kene subscribe daily broadband (celcom rm5/day)..yg ni korang pun taula kan kdg2 problem jgk,slow lg..kalau ikutkan cost yg terlibat utk bln ni sbb UNIFI problem ni, dh dkt rm100 bil telefon aku (broadband + phone calls)...lebih baik aku langgan je celcom broadband utk sebulan baru rm98 kan..

lg satu alasan x logik aku terima bila aku call unifi tanye "mana technician kata nak call saya?"..jawapannya, kalau tehnician ada dia akan call dlm 10:30 ni, kak..kalau kul 12 dia tak call akak, akak call kami balik..(ewahhh dh 2 hari aku tgu bole main suh call2 balik sesuka hati ye..ada ke patut)...last2 aku tanya balik "technician unifi ada sorang aje ke???"

sblm ni, ada 1 alasan tak logik lg yg katanya UNIFI ni purposedly utk rumah yg landed so kalau rumah yg tinggi2 mcm apartment mmg ada problem sikit...dah tu knp tak bgtau awal masa nak isi form dulu kan? lg satu alasan ni logik ke atau helpdesk tu yg memandai-mandai...?

last2 haritu aku pi ofis sbb aku taknak bil melambung lg kalau kene dial in conference guna hp...bila on the way tu ada tehnician call kata nak dtg...aku gitau la aku dh pi ofis, then aku citer kat dia problem yg berlaku (internet,tv,phone semua tak bole connect)..aku suh dia check cable kat bawah apartment aku tu kalau2 ada problem...kul 3 ptg dia kol aku ckp jumper cable kat bwh tercabut,so by right connection dh ok..aku try call umah dah ada ringtone...then balik umah mlm tu internet dh boleh pakai...so tak payah technician tu ssh2 nak masuk umah nak tgk connection bagai..

so ape yg aku nampak kat sini UNIFI ni tak ada lg SOP terbaik bile dpt satu2 aduan...kalau aku dh citer A-Z problem yg terjadi tu diorg patut dh bole agak dah ape problem sebenarnye..mcm kes aku ni takyah set appointment pun takpe..dtg je tgk cable,abis citer..kan?..troubleshooting tak segah iklan UNIFI yg digembar-gemburkan dlm TV n kat papan tanda tepi jalan...

lepas ni kalau ada org tanya pendapat aku ttg unifi, aku tau la nk ckp apa...to UNIFI, please lah upgrade your service up to our expectation mcm masa kitorg beria nak subscribe dulu...

Friday, September 30, 2011

Suami ikat dan rogol Isteri ??

baca tajuk artikel je dah takut..apelagi cerita seterusnya..suami yg patut jd pelindung isteri tp knp sanggup buat mcm tu?..ok kesalahan isteri adalah tak nak ikut suaminya pergi kenduri di rumah ibunya sbb nak pergi event yg diadakan oleh company si isteri tu. Hmm berlaku conflict of interest tu..mmg perkara biasa la bila dah kahwin,sorang nak ni sorang nak tu..walaupun nampak kecik tp bole jd besar kalau diperbesarkan..

Of course la isteri mmg ptt ikut ckp suami kalau sampai tak bole diperbincangkan lagi dah...tapi apekah relevan nya ikat dan rogol ituuu (mana idea dia dpt tuu???)...tak taula ape masalah sbnrnya tapi dah sampai report polis dn jd bhn cerita sana sini..

"Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, mangsa yang berusia 29 tahun diperlakukan sedemikian disebabkan kedegilannya yang berkeras untuk pergi ke jamuan makan malam anjuran pejabatnya biarpun ditegah suaminya.
Suami mangsa yang berusia 29 tahun tidak membenarkan mangsa pergi ke jamuan itu kerana mahu membawanya pulang ke rumah ibunya yang berhampiran rumah mereka bagi menghadiri majlis kenduri pada malam sama.

Mangsa yang tidak berpuas hati dengan perbuatan suaminya membuat laporan di Balai Polis Pandan Indah, di sini."


Walaupun perkara kecil,bwkla berbincang jgk ye, ape gunanya ilmu perkahwinan yg dipelajari dulu..pujuk-memujuk,bertolak-ansur..dlm you tube pun ada kalau tak igt cara-cara memujuk pasangan kan?...

Ni kes isteri degil..ke suami degil?? tak boleh buat kesimpulan tanpa usul periksa ye...

Thursday, September 29, 2011

Hubby is showing his excitement already...

Assalamualaikum,

Entry kalini saje nak cerita psl hubby yg dlm diam2 tlh meng'copy'kan cerita cartoon ke dlm harddisk nye hehe..smlm balik je keje dia terus bukak tv, then sambung kn usb from his external harddisk ke tv..pelik jgk aku ape la dia nk buat tu..ohhooo rupenye nak test citer cartoon yg dia copy from his friend..katanye for our baby later (tp masih dlm perut lg)..hehehe..hubby oo hubby..now you're showing more excitement than me)..

nilah cartoon2 yg dia sempat copy....movie pun ada..

English Cartoon :)


 Malay cartoon...;p..koleksi upin&ipin..

Umur berapa ek baru baby tgk cartoon..entahla tp aku pun dh terikut excited ni..hehe



Friday, September 23, 2011

Terharunya kami...they are so cute!

Baru-baru ni aku n hubby pegi beraya ke rumah mak Tam di Gombak..bukan takat beraya siap tido sana lg 2 hari,mmg tak ke mana2 pun masa Malaysia Day haritu..hmm byk btl aku makan masa kat rumah Tam, mmg sah aku boleh makan ape yg org masak je,kalo masak sendiri terus jadi tak lalu :-(

Tgh duk rilek sambil sembang2 tu, dtg la si Hanis ni bwk paper cute belang2 pink n white mcm kat bwh ni. Ni utk kak Ziela ngan abg Mamat..Hanis n Aiman yg buat katanya..bile aku belek2 laaa senarai nama baby rupenyeeee...wahhhhh sesungguhnya aku sgt kagum..panjang pulak tu senarainya..hehe..time kasihla adik2 sepupuku, kami sgt2 menghargainya, it really cherish the moment...anda berdua adalah sgt cute :)

 Nama anak lelaki..hmm sedap2 jugak..brilliant diorg ni

Yg ni baby girl's name
Walaupun dah scan nampak boy, tp camana senarai girl pjg dr senarai boy ni..hehe, jwpnnya, girl mmg byk nama yg comel2..tul tak? dan ikutkan ramai budak2 pompuan termasuk anak buahku nureen pun wish for a girl..hehe insyaAllah next time kami produce girl plak ye :-)

Hehe..ni yg plg cute,ada tandatangan pengesahan kat bawah ye..so confirm sape curi idea diorg ni mmg nak kene saman..:P

Tuesday, July 5, 2011

Kisah batuk berpanjangan..taubat!

Alhamdulillah...kandunganku dah masuk minggu ke-22. Walaupun pelbagai dugaan dtg, aku bersyukur yg tak terhingga krn Allah masih memelihara kandunganku ini. Lepas scan last week, tgk pembesaran baby normal, saiz baby pun makin besar dan panjang..jantina pun dh komfem :-)...insyaAllah

Nak dijadikan cerita, mgu lepas aku mengikut rombongan keluarga belah suami ke majlis perkahwinan sepupunya di bdr pusat jengka. Mungkin cuaca yg agak panas dan bahang ms tu membuatkan bdn aku ni tak cukup thn. Last2 balik rumah mula sakit tekak, lps tu demam..lps tu batuk yg tak berhenti sampai la skang. Hari2 dpt tido bile dh dkt 5 pg..itupun sbb mata dah ngantuk sgt agaknya..

Betullah org tua2 kata, bila pregnant, jagalah makan, jgn sesekali jatuh sakit kelak merana la menanggung sakit yg tak baik2 tu. Aku menyesal betul la tak jaga diri ni baik2. Dah tau nak travel jauh, tempat crowded plak tu, panas lagi..tp tak take extra pre caution. Akibatnya, kene telan paracetamol utk ibu mengandung yg besar gaban dn ubat batuk yg rsnya haiii..phm2 jela ye...belum masuk pil obimin yg ckp bsr jgk tu...

Menyesal sgt..tambah lg ada baby dlm perut ni, pttnye aku lbh bertanggungjwb. Taubatlah, lps ni kene pk jauh sblm bt ape2, sbb kesannya bkn kat aku sorang kan..hopefully baby kuat dan tak rs sakit yg aku rs ni..

Monday, June 6, 2011

Sudah-sudahlah serang Gambit "Pedang Allah"

"Saifullah - Pedang Allah". Sedap kan nama ni..Boleh masuk dlm list nama anak lelaki (kalau dpt anak lelaki la)..tp syg seribu kali sayang..hmm tak pyh la cerita pjg lebar lg ye..Rasanya ramai yg 'aware' pasal kes Gambit ni, TAPI, cukupla stkt ini shj..maka berhentilah bercerita mengenainya lagi stlh apa yg dilontarkan oleh si empunye berita sensasi ni dlm metro harini. Kalau sesiapa yg tak tahu boleh baca cerita ni kat sini di Harian Metro.


Antara petikannya.."KUALA LUMPUR: “Saya tidak rasa klip video yang saya hasilkan itu berbaur lucah kerana tiada langsung adegan cium...malah video itu sebenarnya untuk pasaran Amerika Syarikat bukannya untuk pasaran tempatan,” kata pelakon dan pengarah klip video Marilah Menari, Gambit Saifullah, 26, yang kecewa selepas banyak pihak menyalahkannya kerana dikatakan menghasilkan klip video berbaur seks."

Bak kata Ben Ashaari dlm blognya, bahagian kt dah lepas. Kt hanya boleh menyuarakan pandangan sbg org Islam. Skrg tinggal bhgn si empunya video dan pihak berkuasa sahaja. Siapala kita nak nasihatkan dia apatah lagi nk menghukum dia.

Wahai Gambit, selama ni kami rasa anda sgt comel, kami suka lakonan anda dlm Awan Dania dn byk lg drama lain..walau ape pun anda kena la tahu jgk bahawa kami menolak perkara yg menolak ajaran Islam..kami nak nasihatkan cik gambit ni tolonglah bertaubat ye..cik gambit ni tau tak setiap org yg melihat video tu akan menyumbang dosa di bahu anda..apatah lagi utk pasaran Amerika katanya ( berapa juta yek penduduk Amerika?)..

Tuesday, May 24, 2011

Apa nak buat kalau terkena simbahan asid?

Terbaca artikel berguna ni kat Berita Harini harini, info yg baik.
Nauzubillahiminzalik...semoga kt dijauhkan dr musibah simbahan asid. Tetapi sbg manusia dan wanita tak salah kalau beringat..:-).

Lepas ni kalau nak ke mana2 especially berjalan kaki bolehlah bwk sebotol air mineral atau dicampurkan dgn sodium bikarbonat (yg digunakan utk buat kuih or cekodok tu) dlm beg siap2..hmm berapa sukatan dia tak disebutkan pulak. Jadi, bila terkena asid tu bole terus cuci dgn air cepat2.

Bagus jgk utk memakai sunglass supaya dpt melindungi mata dr terkena simbahan(dan dpt jgk cam muka atau plat motor si penjenayah). Mmg susah berdepan manusia tak berperikemanusiaan ni. Korang baca artikel penuh kat sini.

Dipetik dr Berita Harian 24/05/11


Hmm..terfikir pulak kalau pakai purdah lebih selamat kan? Lindung seluruh muka terus.

Sharing is Caring ;P

Saturday, May 21, 2011

Doktor sahkan aku 'dehydrated' tapi...

"Fadzilah, badan awak kering ni..normal 0 tapi awak dah 3+, paling teruk 4+...kalau saya suruh awk pegi hospital skrg ni dah tentu2 awk masuk wad...."

"Teruk sgt ke 3+ tu doktor.."

"Mcm ni la, kalau masuk wad mmg leceh, nak kene tgu lama, kene amik darah, masuk air..lg satu option, awk minum air byk2 mlm ni sampai 3 liter, esok awk dtg balik cek semula..TAPI kalau awk tak minum air byk tu, lbh baik awk terus pegi hospital.."

Alamak, mcm mana niiii...aku taknak masuk hospital tapi aku tak larat jugak nak minum air byk tu.  Korang tau apa aku buat, air minum jugak (tp tak sampai 3 liter), tapi tak pegi pun klinik tu semula...

Sebenarnya aku kesian kat baby, sian dia..sbb doktor ckp kalau bdn kurang air bole effect baby (tapi tak sure plak aku ape effectnya)... harap2 la bole tambahkan air dlm bdn aku ni supaya tak dehydrated lg..insyaAllah...just for you my baby, I will try my best!

Saturday, May 14, 2011

First trimester yg penuh dugaan

Alhamdulillah syukur sangat-sangat. Harini genap 14 minggu usia kandunganku or 3 bulan setengah. Walaupun keadaan aku masih lagi lemah, mabuk masih lagi ada, namun aku tetap bersyukur. Allah mungkin menarik sedikit nikmat kesihatan dan selera makan aku tapi zuriat kami yg dikurniakanNya dlm kandunganku masih tiada tolok bandingan nikmatnya. Penantian selama 2 thn lbih akhirnya membuahkan hasil berkat doa kami, keluarga dan kwn-kwn apabila doctor mengesahkan kehadiran our little caliph ni.

Buat masa ni, aku masih lagi berada dalam tahap yg kurang selesa. Asyik nak baring dan melepek je. Senang cerita kalau dapat bantal tu mmg ‘boom’ ajela kejenya. Tak tido pun takpe asalkan dpt baring sekejap.

Hari-hari masih kena lagi paksa diri makan. Makanan luar mmg tak bole sentuh langsung, aku pun tak tau la kenapa, kalau dulu aku suka makan pizza and steamboat, tp skrg semua tu tak terliur langsung. Aku cuma boleh makan masakan di rumah yg boleh dimasak oleh mak-mak saje. Tapi malangnya takda siapa yg boleh masakkan aku kat rumah ni. Memandangkan keje aku fleksibel boleh keje kat umah, aku pun masak la jugak dgn menutup mulut dgn kain. Tp lps masak tu confirmla aku tinggalkan semua dlm sinki tgu hubby balik keje utk cuci kan. Dan lps masak tu jgk aku akan terbaring sambil makan asam utk hilangkan bau tumisan yg masih ada. Selang 1 or 2 jam barula aku bole makan ( tu pun 5 or 6 suap je yg dpt kutelan).

Sekarang ini, aku hanya mampu bersabar dan berdoa supaya fasa mabuk ni akan beransur hilang dan supaya seleraku bertambah. So aku boleh makan makanan yg berkhasiat utk my lil caliph inside me…J please pray for me ~


Wednesday, April 13, 2011

Hamil tapi suka minum kopi ?

Anda penggemar kopi atau nescafe..setiap hari mesti nak minum kopi? hmm kalau mcm tu samala mcm saya. Saya ni peminat kopi, pagi2 selalunya minum kopi baru rs 'fresh', bak kata pepatah, coffee keeps me going all day..hehe...tapi apakan daya, sejak disahkan hamil ni, sy tak berani plak nak sentuh kopi, ramai org tegur suh jauhkan kopi. Saya kene ikut nasihat diorg, maklumlah pengalaman pertama, lgpun nk dpt anak bukannya senang kan...

Tanpa berfikir pjg, sy pun mencari-cari info di internet dan buku2 kalau ada info pasal kopi ni. Alhamdulillah sy terjumpa info yg sgt berguna ni.

Kopi perlu dijauhi sbb ia boleh menyebabkan nutrient2 penting utk baby spt kalsium sukar utk diserap oleh bdn kita. Bagaimanapun, kajian menyatakan 200mg kafein sehari adalah selamat utk wanita hamil. Secara puratanya, 2 cwn kopi masih selamat utk diminum. Berikut adalah kandungan kafein dlm minuman yg biasa kt minum;

1 cwn 'brewed' coffee (8 oz) = 135 mg (rasanya ni mcm starbuck kut)
1 cwn kopi segera = 95 mg
1 cwn kopi 'decaf' = 5 mg
6 oz caffe latte atau cappucino = 90 mg
1 oz espresso = 90 mg
1 cwn teh = 40 - 60 mg (teh hijau kurang drpd ni..anyway teh pun pun ada kafein..sob..sob)
1 cwn cola (12 oz) = lbh kurang 35 mg kafein
1 tin diet coke = 45 mg
1 oz coklat = 6 mg
1 oz dark chocolate = 20 mg
1 cwn chocolate susu = 5 mg (maybe milo pun termasuk..)
8 oz ais krim coffee = 40 - 80 mg

Utk rujukan; 1 oz = 28.35 g..
ok sampai di sini shj utk mlm ni..insyaAllah kalau ada info berguna utk kehamilan sy kongsikan lagi...

Friday, March 18, 2011

Doa Semasa Hamil

Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia,
Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.
Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu.
Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat.
Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal.
Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.

~ Sharing is Caring ~


Wednesday, March 9, 2011

Octopus – Attachable Battery for iPod and iPhone

Anda pemilik ipod atau iphone? Ada masalah untuk mengecas bateri terutama ketika 'travel' atau pada waktu-waktu genting? Pasti ada penyelesaiannya. Tampil bergaya dgn gadjet cool ini.

OCTOPUS, bateri extra untuk ipod dan iphone. Ringan dan mudah untuk dibawa ke mana-mana.


Attachable Battery untuk iPod and iPhone sahaja 

Package Contents
  • Octopus – Attachable Battery for iPod and iPhone
  • Mini USB to USB cable
  • Manual - English

Slim dan cantik kan?


Kalau nak pegi travel, even dalam flight pun kdg2 kite nak main game. Well, it happened to me tapi selalu frust sbb bateri tak cukup dan kadang2 lupa pulak nak bwk USB cable or charger. Dengan ada nya bateri extra ni tak perlulah kita jimat2 bateri lagi :)

Easy to use

Bila perlu, cuma tekan ON sahaja. Kalau tak, biarkan OFF sahaja. ;-)


Hours of additional battery juice for your iPod or iPhone

Yang bulat-bulat ada 8 tu adalah dia punya 'suction cup'. 'Suction cup' inilah yang akan di 'attach' kan pada belakang iphone atau ipod kita tu supaya ia dpt membekalkan extra bateri untuk tahan lebih lama.

Cool tak? But it's cheap ;-)

Manufacturer Specifications
  • Main Function: Attachable Battery for iPod and iPhone
  • Battery - Type: Li-ion polymer battery
    - Capacity: 1500 mAH
  • Power Input: DC5.0±0.5V 500mA
  • Power Output: DC5.0V 500mA
  • Charging time:
    - charging built-in battery via USB cable: 3hours
    - charging iPhone: around 3 hours
  • working time: - Talk time: up to 4 hours
    - Internet use: up to 4 additional hours
    - Video playback: up to 5 additional hours
    - Audio playback: up to 18 hours
    - Standby time: up to 240 hours
  • Dimensions: 120mm x 50mm x 12mm (L x W x D)
  • Certifications: CE, FCC, RoHS

Sila pm saya jika berminat...thanks!

Tuesday, March 1, 2011

Perlukah layan YM dgn 'ex'

Eeee..nak panggil ex pun aku dah geli..ni kan lagi nak layan ym..

Aku dh lama tak on YM. Tp pagi td, masa aku check email terON plak la ym tu..tak kisah la tu, tetiba ada satu ym msg masuk,memula aku tak kenal lgsg ym id tu..so aku ckp je la tak kenal kan, tp sibuk2 plak dia tanya kabar kebende lg ntah..bile aku pk2 balik mcm kenal jek..huhuuu...

Kpd org yg meng'YM' aku tu...you know i am married and i know you are too...i'm ok if you don't respect me, but please respect the people who love me unconditionally,my beloved HUSBAND...ok?

Lesson of the story, aku just nak bgtau tak elok kt layan org2 yg tak sepatutnya...semoga Allah lindungi kita semua dr terjebak dgn kes2 yg tak sepatutnya..amin...

Saturday, February 26, 2011

It's tomorrow!...Program Bersama Irfan Khairi

Tak sabar pulak rasanya nak attend program ni besok bersama Irfan Khairi. Seorang jutawan internet.

Aku dh book seat utk 2 org tapi kalau korang nk dtg pon bole sbb ada lg 50 seat free utk yg walk in

Ikutkan aku tak knl langsung dgn dia ni sampaila pd satu hari tu aku jalan-jalan dlm MPH Midvalley.

Masuk je tgk ramai org kat tgh2 tu tgh dgr Irfan Khairi ni berucap lah. Balik rumah je aku terus search siapakah gerangan org ni. Rupa-rupanya beliau seorang jutawan di ketika umurnya 25 thn!

Well, aku dh lebih la 25 thn tp tak jd jutawan pun lg hehe.

Masih muda je lagi..tp seorg jutawan..mesti genius kan dia ni..;p

Oh ye, topik yg diwar-warkan adalah;

    1. Nak jual apa di Internet?
    2. Bagaimana nak mulakan perniagaan Internet?
    3. Bagaimana nak promosikan perniagaan kita?

Amacam?...berminat?..ape lagi jom la kt pegi sama-sama.

p/s : Hmm boleh ke aku jd jutawan ??...

Thursday, February 24, 2011

rasa kecewa atau sedih..meh sini jap

mesti sesekali kt pnh rasa kecewa atau sedih kan. tak kira lah apa puncanya, yg pasti jln penyelesaiannya pasti ada. Tp sebelum ada jln penyelesaian tu kite kene relax dulu..tenangkan fikiran..bak kata omputeh tu let's time heal the pain..

Pertama sekali dah tentu kt kite selalu igt pd Allah SWT, Allah yg menjadikan kita, masalah yg dia timpakan pd kita tu sbnrnya bkn bertujuan sia-sia..so, dlm hati tu selalulah berzikir lah dgn nama Allah,percayalah pasti akan dtg rs ketenangan itu.

Perkara kedua, jauh kan diri dr masalah tu buat sementara waktu, tp kalau aku agak lama la jgk sbnrnye ;p..ignore habis-habisan sampai la fikiran aku sendiri yg nak fikir balik masalah tu..kalau ada teman bolehla luahkan masalah tu pd dia..tp mcm aku pulak tak suka menyusahkan org dgn masalah aku, sampai kan suami aku pun dh naik angin pasal aku perahsia sgt (tp tu masa mula2 kahwin, skrg ni aku dh pandai dh cerita semua bende kat dia..sampai pnt dia nak dgr hehe).

Ketiga, melihat masalah dr sudut yg positif, ni org pesan kat aku la (tp aku tak pnh berjaya dgn cara ni)..korang try la cara ni..susah la rsnya nk tgk dr sudut +ve tu...cuma ape aku buat jgn meratapi masalah tapi perlu dihadapi dan diselesaikan..biasanya aku selesaikan dgn cara men'divert'kan fikiran aku ke tmpt lain sampai masalah tu selesai sendiri..(hehe takdela..sampai aku dpt ilham yg best)..biasanya aku dpt ilham time memasak,haha caya tak?..

Last sekali, masalah tak dtg pd kite melainkan utk kite jd lebih baik..(positif jgk aku kdg2 kan?)..so sama ada jiwa kacau ke kecewa atau tertekan, semua tu dtg kat kita sbnrnya utk kt jd lebih kebal dan kuat utk menghadapi hari esok...insyaAllah, Allah akan sentiasa memelihara kt drpd melakukan perkara yg kurang siuman.

Pandangan seorg wanita : Android vs Iphone OS

Hmm betul jugak...iphone or ipad tak ada kamera depan belakang mungkin satu kesilapan besar bagi company se gah APPLE(kalau ada pun mcm iphone 4 tp cuma boleh video conf dgn iphone 4 je).

Ciri-ciri lain pulak;

Battery life hours
Aku setuju iphone/ipad mungkin tak tahan selama android. Tapi 10 hours battery life should be fine with me.
Cuma kalau bateri rosak, kene tukar the whole thing and of course semua data akan hilang unless ada buat backup. Bahaya jgk ni..

Saiz
Hmm..android besar sket je dari iphone. Well, kalau nak besar beli laptop la terus kan? hehe...

Sync software dgn ITunes
Ni mmg aku paling tak gemar psl iphone or ipad. Selalu kene sync or kene pegi ITunes kalau nak download huge application. But still, at least boleh backup kan. Kalau kene curi ke hilang ke masih selamat. Kalau taknak sync takyah la pegi ITunes. Kan..?

Multitasking??
Android boleh run dual core-processor?? Nak buat ape..ok je tgk iphone punye performance so far. Orang mcm aku ni kasi RAM lebih je..

Kesimpulannya...APPLE tetap rock!! yuhuuu...

Wednesday, February 23, 2011

susah sgt ke nak push button tu kejap?

sampainya hati org tu tak tunggu aku masuk dlm lift..aku nak naik atas jgk...lagi 2 3 tiga langkah je nak masuk dlm lift, aku sure sgt dia dh nmpak aku dah..tup tup tertutup lift tu..hampeh betul…tak boleh ke push sekejap button tu. Penat aku terkejar2 nak masuk dlm lift tu..apela nasib aku

yg peliknya, kalau bangsa asing (maksud aku foreigner), diorg tak kisah pun kalau tgu lama sikit. Kdg2 tu siap angkatkan barang lagi..baik tak? Baik kan..hmm aku x ckp org kita tak pnh wat camtu..pnh jer..tp ssh sket la nk jumpe..

tp takpe, aku paham maybe dia sakit perut kut ataupun kucing dia dh nak bersalin ke..(tp aku pun ada hal urgent jgk..hmm)..ataupun dia x pnh rs lg org tgu dia sampai masuk dlm lift...hmm takpe2..lain kali aku tgu kau masuk dlm lift baru kt naik sama2 ok?...;p

Monday, February 21, 2011

Kenapa Babi Haram?

"Ziela, why don't you eat pork?" tanya seorg rakan non muslim.
'hmm..because pork meat have bacteria". To my surprise,aku pun tak boleh nak jwb dgn baik.(sdgkan aku bole je jwb sbb Allah dh perintah..abis cerita kan).

Takpela,kali ni jom kita tgk knp babi itu HARAM.

1) Firman Allah SWT : Allah hanya mengharamkan kepadamu untuk memakan bangkai, darah, babi dan binatang yang disembelih untuk selain Allah. Sesiapa yang makan dalam kemudaratan tanpa melampau dan tanpa berlebih-lebihan maka dia tidak berdosa. Sesungguhnya Allah maha pengampun dan maha penyayang." (173 : al-Baqarah).
 Jadi sama ada babi ada bakteria atau tidak, disembelih atau tak..hukumnya tetap haram kerana ini adalah perintah Allah SWT.

2) Tahukah anda babi tidak boleh disembelih? Ini kerana Allah menciptakan babi ini tidak mempunyai leher. Oleh itu cara utk mematikannya adalah dgn membunuhnya melalui organ-organ dalamannya. Dgn cara ini, darahnya tidak akan keluar malah bergumpal dalam uratnya dan mengakibatkan dagingnya akan menjadi racun. (buwekkk...nak termuntah aku).

3) Aku ada terbaca bagaimana babi dimatikan. Tapi aku tak sanggup nak tulis di sini sbb aku tak tahan. Ngeri, seksa dan mejijikkan.

4) Cara kehidupan babi adalah yg paling kotor dan jijik. Ia memakan bangkai dan segala apa yg ada disekelilingnya. Kalau perutnya penuh atau makanan dah habis, ia akan memuntahkan balik isi perutnya dan akan memakan balik muntahnya.

5) Babi juga memiliki kebiasaan melakukan seks beramai-ramai. Tidak pencemburu. Malah ianya dikatakan 'homoseksual'. Kalau tak ada babi betina, kawan dia babi jantan pun dia balun. Kalau ada 1 babi betina paham2 lah korang ye.Tahulah aku skang kenapa wujudnya perkataan membabi-buta. Nauzubillah.

6) Ia juga dikatakan haiwan pemalas. Hanya suka tidur dan makan. Tidak suka cahaya matahari malah tidak suka berada di tempat kering dah bersih.

7) Ia dikatakan juga mempunyai gen yg hampir sama dgn manusia. Apabila seseorg makan babi bermakna ada gen babi dlm bdnnya yg menyerupai gen nya. Padanlah alkafirun ni tak jeles kalau isteri dia seksi meksi (ikut perangai babi yg tak pnh jeles).

Jadi, kenapa Allah jadikan babi? Jawapan yg aku dpt, babi ni dijadikan Allah SWT untuk memakan benda-benda kotor lantas membersihkan muka bumi ini. Atas sbb ini shj dah cukupla utk kita tak jamah daging babi.

Walau apa pun, babi bukan lah haiwan yg hina tetapi org yg makan babi itulah boleh dikatakan hina..nauzubillahiminzalik.


p/s: byk betul aku ckp nauzubillahi kan...nak buat mcm mana mmg aku mtk jauh sgt2 keluarga dn keturunan aku dr benda2 ni semua. Kalau korang pi travel jauh2 tu igtlah sikit daging yg korang makan tu walaupun daging ayam halal, kalau bole periksa la dulu minyak apa digunakan utk goreng ayam tu. Dah byk kes ni walaupun kat negara Islam sendiri...

Friday, February 18, 2011

Acah mak enon pagi-pagi makan timun

hah ni la ayat paling femes masa kecik2 dulu..kalau terkena kat batang hidung mak aii bengang giler..ntah apa-apa lah mainan masa kecik dulu, kalau kene ejek je mesti kene 'tengik..tengik', adoyai sakit hati kalau kene tu mau bole bergaduh tak kawan 3 hari hahaha...

ram ram rep anak udang kena sepit..ni lagi satu mainan femes nak lantik si pencari bila nak main nyorok-nyorok,mana ntah dapat ni..sejak abad ke berapa ek mainan ni wujud..

kalau nak pilih pemimpin ke ketua kampung ke boleh guna cara ni? ah merepek je...tapi mungkin boleh guna lat ta lilat kut...eh yeke..

Thursday, February 17, 2011

10 manusia paling berpengaruh dalam sejarah

Malam tadi sambil tengok tv, aku terpandang sebuah buku yang jarang aku baca. Pernah sekali aku sentuh buku ni tapi hanya sekilas pandang. Rupa-rupanya buku ini mengandungi info yang sangat berguna dan mengujakan aku iaitu The 100 - A Ranking of The Most Influential Person In History. Suka aku kongsikan 10 orang yang berpengaruh dalam sejarah kita;

1 - Nabi junjungan kita Muhammad SAW.
2 - Isaac Newton
3 - Jesus Christ
4 - Buddha
5 - Confucius
6 - St. Paul
7 - Ts ai Lun
8 - Johann Gutenberg
9 - Chrisopher Columbus
10 - Albert Einstein

Menurut penulis buku ini, Micheal H. Hart(omputih ye), ramai yang tak bersetuju dengan pemilihan Nabi Muhammad SAW sebagai manusia paling berpengaruh tetapi atas penelitian yang rapi iaitu dengan mengambil tempoh masa selama 3 kurun selepas pemergiannya, pengaruhnya masih kuat dan tidah berbelah bahagi. Kejayaannya dalam perniagaan dan kebijaksanaanya dalam politik juga menjadi faktor penting pemilihannya.