Wednesday, November 9, 2011

Pengalaman bersalin tak jadi..hmmm

Nak cecite la jgk pasal pengalaman bersalin tak jadi ni..hmm bila agaknya baby nak keluar ye..excited ada nervous pun ada takut pun ada lagi2 bile org ckp kalau bila sakit nak bersalin tak boleh nk senyum dahh..ape2 pun aku akan terus berdoa semoga kelahiran ini dipermudahkan olehNya..amin..

Jumaat - 4/11/2011
Pagi tu aku masak nasi goreng utk sarapan tapi terlebih cilipadi kut. Malam tu perut aku meragam last2 terpaksa berulang alik ke toilet sampai 3,4 kali jugak. Lama2 sakit perut pun lega dan aku pun tertidur sampai la pagi dgn lenanya..

Sabtu - 5/11/2011
Bgn tidur je terus sakit perut lg mcm contraction tp tak kerap dn masih boleh thn lg. Aku budget ni mesti kesan2 sampingan semalam yg tertinggal. Aku pun wat dek je. Ikutkan harini nk balik muar nak sambut raya haji esok. Tp hubby ckp tgu la sakit lega dulu takut sakit perut tu sakit nak deliver dah. Tghari tu mls nak masak so keluar jalan2 berdua pegi makan nasi ayam penyet kat bangi ni je. Pastu pegi cari lemang kat kg Teras Jernang (org kata kat sini sedap..mmg kompem sedap pun). Dlm masa sama aku pun timing contraction sbb rasa mcm semakin lama semakin kerap (5 min skali). Aku call makcik bidan nak mtk nasihat dia tp dia ckp biar je dulu tgu sampai kuar drh. Tp alang2 dah keluar tu aku pun pegi jgkla hospital serdang. Doktor ckp bukaan dah ada 2 cm then waktu tu jugakla ada tanda darah turun. Tgu punye tgu doktor pakar,then dia ckp boleh balik dulu sbb contraction tak berapa kuat lg,jln pun baru 2 cm. Datang balik bila contraction 3-4 kali dlm 10 min atau darah keluar byk (kalau takat drh sikit campur lendir2 tu tak payah dtg lg) atau air ketuban pecah pun kene dtg immediately. Dia tgk rumah aku dkt dgn spital so dia berani lps kan aku balik lps scan perut aku dn cek air ketuban ok,jantung baby pun ok. Aku lega jugak bile dia suh balik sbb aku tak tahan sakit kene seluk cek bukaan jalan tu :) Ayat doktor pakar tu yg aku igt sampai skang "kalau btl dh timing awak nak bersalin,takdenye awak bole senyum mcm ni lg" (hehe..nak wat camne dh murah senyuman :)).

So aku pun balik makan lemang dn rendang yg dibeli tadi dan aku anggap contraction tadi tu adalah pre-labour atau false labour je.

Ahad - 6/11/2011
Raya haji berdua je kat bangi sbb tak berani balik kg since dh ada tanda darah. Tp harini cuma ada mild contraction je tp tak kerap.

Isnin - 7/11/2011
Harini pun cuma ada mild contraction je. So tak pegi mana2 pun. Aku just pastikan baby gerak mcm biasa je.

Selasa - 8/11/2011
Pon masih belum ada tanda2 yg doktor cakap tu..sempat gi umah adik kat shah alam..hmm masih menanti dan menanti..dll hati duk fikir "berapa cm dah agaknya skrg ni ye...?"

Friday, November 4, 2011

UNESCO dan Palestine

Assalamualaikum,

Tak bermaksud nak berpolitik apatah lagi politik dunia ni...tapi jauh disudut hati tu sebenarnya aku suka mengikuti perkembangan negara Palestine ni. Maklumlah mereka ni bangsa tertindas, tidak diakui kewujudannya oleh dunia terutama kuasa besar seperti US. Dan lagi mereka adalah saudara dan sahabat muslim kita jugak.

Hmm baru-baru ni Palestin telah diterima masuk dlm UNESCO iaiti salah satu cabang PBB yang bertujuan untuk perdamaian dan keselamatan dengan mempromosikan kerjasama antarabangsa melalui bidang pendidikan, sains dan kebudayaan. Boleh google untuk lebih lanjut. Berita ini pun aku dapat melalui page Palestinkini yg aku like dlm facebook (aku nak baca satu-satu blog atau nak tgk berita tu kadang-kadang tak sempat). So saja aku like page ni untuk melihat perkembangan Palestine (sbb hari2 buka facebook so boleh dpt info terus). Aku berminat nak tahu negara mana yg telah mengundi Palestin utk menjadi anggota UN (UNESCO) ni. Cari punya cari last2 jumpa jugak info yg aku cari. Kalau berminat, bolehlah tgk senarai kat bawah ni;

Negara yang membantah (TIDAK): Australia, Canada, Czech Republic, Germany, Israel, Lithuania, the Netherlands, Palau, Panama, Samoa, Solomon Islands, Sweden, United States of America, Vanuatu.

US dgn Israel mmg dah tentu2 membantah. Australia, Canada, Czech Republic, Germany ni igt diorg best sgt nak say 'NO'. Tapi aku tahu rakyat diorg ramai yg tak bersetuju. The rest of small countries tu (takat pulau2 kecik), aku bygkan diorg dh kene cucuk hidung dan dh jadi 'balaji' si US ni. So nak taknak kene ikut jela.

Negara yang bersetuju (YA): Afghanistan, Algeria, Angola, Argentina, Armenia, Austria, Azerbaijan, Bahrain, Bangladesh, Belarus, Belgium, Belize, Benin, Bhutan, Bolivia, Botswana, Brazil, Brunei Darussalam, Burkina Faso, Cambodia, Chad, Chile, China, Congo, Costa Rica, Cuba, Cyprus, Democratic People’s Republic of Korea, Democratic Republic of Congo, Djibouti, Dominican Republic, Ecuador, Egypt, El Salvador, Equatorial Guinea, Finland, France, Gabon, Gambia, Ghana, Greece, Grenada, Guatemala, Guinea, Honduras, Iceland, India, Indonesia, Iran, Iraq, Ireland, Jordan, Kazakhstan, Kenya, Kuwait, Kyrgyzstan, Lao People’s Democratic Republic, Lebanon, Lesotho, Libya, Luxembourg, Malawi, Malaysia, Mali, Malta, Mauritania, Mauritius, Morocco, Mozambique, Myanmar, Namibia, Nepal, Nicaragua, Niger, Nigeria, Norway, Oman, Pakistan, Paraguay, Peru, Philippines, Qatar, Russian Federation, Sant Lucia, Saint Vincent and the Grenadines, Saudi Arabia, Senegal, Serbia, Seychelles, Slovenia, Somalia, South Africa, Spain, Sri Lanka, Sudan, Suriname, Syrian Arab Republic, Tunisia, Turkey, United Arab Emirates, United Republic of Tanzania, Uruguay, Uzbekistan, Venezuela, Viet Nam, Yemen, Zimbabwe.

Ni baru negara yang berani dan berpendirian (termasuklah Malaysia). Tapi yang hairannya media kita tak begitu gah mewar-warkan perkembangan ni..sedangkan aku rs ini perkara sgt membanggakan sbg seorg muslim. Kenapa aku ckp bangga...sbb ini adalah langkah pertama kebangkitan hubungan diplomatik Palestine dgn dunia keseluruhannya. Bygkan betapa sayunya hati bila tgk dlm peta dunia, negara Palestine disamarkan (dibelang-belangkan) seolah-olah takde ape kat situ. Takpun ia dianggap negara Israel la'natullah.

Negara berkecuali (Tak nak vote): Albania, Andorra, Bahamas, Barbados, Bosnia and Herzegovina, Bulgaria, Burundi, Cameroon, Cape Verde, Colombia, Cook Islands, Côte d’Ivoire, Croatia, Denmark, Estonia, Fiji, Georgia, Haiti, Hungary, Italy, Jamaica, Japan, Kiribati, Latvia, Liberia, Mexico, Monaco, Montenegro, Nauru, New Zealand, Papua New Guinea, Poland, Portugal, Republic of Korea, Republic of Moldova, Romania, Rwanda, Saint Kitts and Nevis, San Marino, Singapore, Slovakia, Switzerland, Thailand, Macedonia, Togo, Tonga, Trinidad and Tobago, Tuvalu, Uganda, Ukraine, United Kingdom, Zambia.

Negara berkecuali ni aku anggap tak berpendirian dan pengecut. Berani kerana benar la sedara...kalau jadi kat negara diorg baru tau..

Negara tidak hadir (Absent): Antigua and Barbuda, Central African Republic, Comoros, Dominica, Eritrea, Ethiopia, Guinea-Bissau, Guyana, Madagascar, Maldives, Marshall Islands, Federated States of Micronesia, Mongolia, Niue, Sao Tome and Principe, Sierra Leone, South Sudan, Swaziland, Tajikistan, Timor-Leste, Turkmenistan.

Secara keseluruhannya, 14 negara membantah kemasukan Palestin dlm UN, 52 negara berkecuali, 107 bersetuju manakala 21 negara ahli tidak hadir. Sila saksikan video pengumumannya di bawah;