Wednesday, November 9, 2011

Pengalaman bersalin tak jadi..hmmm

Nak cecite la jgk pasal pengalaman bersalin tak jadi ni..hmm bila agaknya baby nak keluar ye..excited ada nervous pun ada takut pun ada lagi2 bile org ckp kalau bila sakit nak bersalin tak boleh nk senyum dahh..ape2 pun aku akan terus berdoa semoga kelahiran ini dipermudahkan olehNya..amin..

Jumaat - 4/11/2011
Pagi tu aku masak nasi goreng utk sarapan tapi terlebih cilipadi kut. Malam tu perut aku meragam last2 terpaksa berulang alik ke toilet sampai 3,4 kali jugak. Lama2 sakit perut pun lega dan aku pun tertidur sampai la pagi dgn lenanya..

Sabtu - 5/11/2011
Bgn tidur je terus sakit perut lg mcm contraction tp tak kerap dn masih boleh thn lg. Aku budget ni mesti kesan2 sampingan semalam yg tertinggal. Aku pun wat dek je. Ikutkan harini nk balik muar nak sambut raya haji esok. Tp hubby ckp tgu la sakit lega dulu takut sakit perut tu sakit nak deliver dah. Tghari tu mls nak masak so keluar jalan2 berdua pegi makan nasi ayam penyet kat bangi ni je. Pastu pegi cari lemang kat kg Teras Jernang (org kata kat sini sedap..mmg kompem sedap pun). Dlm masa sama aku pun timing contraction sbb rasa mcm semakin lama semakin kerap (5 min skali). Aku call makcik bidan nak mtk nasihat dia tp dia ckp biar je dulu tgu sampai kuar drh. Tp alang2 dah keluar tu aku pun pegi jgkla hospital serdang. Doktor ckp bukaan dah ada 2 cm then waktu tu jugakla ada tanda darah turun. Tgu punye tgu doktor pakar,then dia ckp boleh balik dulu sbb contraction tak berapa kuat lg,jln pun baru 2 cm. Datang balik bila contraction 3-4 kali dlm 10 min atau darah keluar byk (kalau takat drh sikit campur lendir2 tu tak payah dtg lg) atau air ketuban pecah pun kene dtg immediately. Dia tgk rumah aku dkt dgn spital so dia berani lps kan aku balik lps scan perut aku dn cek air ketuban ok,jantung baby pun ok. Aku lega jugak bile dia suh balik sbb aku tak tahan sakit kene seluk cek bukaan jalan tu :) Ayat doktor pakar tu yg aku igt sampai skang "kalau btl dh timing awak nak bersalin,takdenye awak bole senyum mcm ni lg" (hehe..nak wat camne dh murah senyuman :)).

So aku pun balik makan lemang dn rendang yg dibeli tadi dan aku anggap contraction tadi tu adalah pre-labour atau false labour je.

Ahad - 6/11/2011
Raya haji berdua je kat bangi sbb tak berani balik kg since dh ada tanda darah. Tp harini cuma ada mild contraction je tp tak kerap.

Isnin - 7/11/2011
Harini pun cuma ada mild contraction je. So tak pegi mana2 pun. Aku just pastikan baby gerak mcm biasa je.

Selasa - 8/11/2011
Pon masih belum ada tanda2 yg doktor cakap tu..sempat gi umah adik kat shah alam..hmm masih menanti dan menanti..dll hati duk fikir "berapa cm dah agaknya skrg ni ye...?"

No comments: