Friday, August 3, 2012

Doa Dan Amalan Untuk Anak


Sudah menjadi kewajipan kita sebagai ibu bapa untuk mendoakan anak-anak kita dan tentunya kita pun berharap agar mereka menjadi insan yang beriman. Jom kita amalkan doa serta amalan ini demi kebaikan dan kesejahteraan mereka dunia dan akhirat. InsyaAllah :)  
1. Amalkan membaca ‘Ya Latif’ (Yang Maha Lembut) sebanyak tujuh kali dan hembuskan di kepala anak sewaktu mereka sedang atau hendak tidur.
2. Untuk membantu anak mudah belajar dan menelaah pelajaran, baca zikir Ya-Latif sebanyak 129 kali diikuti surah as-Syura ayat 19 yang bermaksud:

اللَّهُ لَطِيفٌ بِعِبَادِهِ يَرْزُقُ مَن يَشَاءُ وَهُوَ الْقَوِيُّ الْعَزِيزُ
" Allah Maha Lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dia lah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa. "


Sebaiknya dibaca selepas subuh iaitu dibaca pada air untuk minuman dan masakan seisi keluarga.
3. Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa Surah al- Imran ayat 200 yang bermaksud:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اصْبِرُوا وَصَابِرُوا وَرَابِطُوا وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
" Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). "


4. Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir Ya Hayyu, Ya Quyyum, Ya Latiff dan Ya Rahman berulang-ulang. Kesemua ini adalah doa pelembut hati.
5. Amalkan juga membaca Surah Toha ayat 1-8, Surah ar-Rahman ayat 1-4 dan surah al-Insyirah dibaca dalam aktiviti lain seperti semasa menemani anak mengulangkaji buku-buku dan membaca al-Quran.
6. Bagi ibu-ibu yang bercita-cita mendapat zuriat yang baik elok amalkan surah al-Imran ayat 38 iaitu doa nabi Zakaria a.s yang bermaksud:
هُنَالِكَ دَعَا زَكَرِيَّا رَبَّهُ ۖ قَالَ رَبِّ هَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً ۖ إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاءِ
" Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan. "


7. Kita juga digalakkan menyentuh dengan lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan. Petua membaca doa dan harapan semasa anak baru lelap elok diamalkan apabila anak ada masalah emosi atau tingkah laku.
8. Selepas solat lima waktu, amalkan doa dari surah Ibrahim ayat 40 yang bermaksud:

رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِنْ ذُرِّيَّتِي ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ
" Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. "


9. Sebaik-baik memohon doa adalah di waktu tengah malam. Seringlah bangun sepertiga malam untuk mendirikan solat solat sunat dan mendoakan kesejahteraan keluarga. Sebutlah nama anak secara spesifik untuk doa lebih berkesan.
Jadikanlah doa antara teknik berkesan membentuk peribadi anak-anak.
Doa-doa amalan
Antara ayat Al-Quran yang boleh diamalkan:
1. Saat anak-anak bergaduh - Baca surah al-Imran, ayat 102, yang bermaksud, " Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. "
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُونَ

2. Anak-anak pandai belajar – Baca surah al-Anbiyaa, ayat 79, yang bermaksud,  " Maka Kami beri Nabi Sulaiman memahami hukum yang lebih tepat bagi masalah itu dan masing-masing (dari mereka berdua) Kami berikan hikmat kebijaksanaan dan ilmu (yang banyak) dan Kami mudahkan gunung-ganang dan unggas memuji Kami bersama-sama dengan Nabi Daud dan adalah Kami berkuasa melakukan semuanya itu. "
فَفَهَّمْنَاهَا سُلَيْمَانَ ۚ وَكُلًّا آتَيْنَا حُكْمًا وَعِلْمًا ۚ وَسَخَّرْنَا مَعَ دَاوُودَ الْجِبَالَ يُسَبِّحْنَ وَالطَّيْرَ ۚ وَكُنَّا فَاعِلِينَ

3. Anak-anak lembut hati dan elakkan panas baran – Baca Surah al-Anbiyaa, ayat 69, yang bermaksud, “Kami berfirman, hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim.”

قُلْنَا يَا نَارُ كُونِي بَرْدًا وَسَلَامًا عَلَىٰ إِبْرَاهِيمَ



Monday, June 11, 2012

Balik bercuti dari Langkawi

Penatnye badan baru balik bercuti di Langkawi..sgt mecabar bawa baby pergi bercuti. Dah nama pun baby, usia pun baru 6 bulan. Makan kene blend, panas dan lapar mengamuk, ngantuk pun sama..so everything I do was making him happy in whatever condition/whether we're going thru..cuaca mmg panas, dlm ferry pun firas meragam sbb panas and dia cpt sgt annoyed dgn keadaan sekeliling yg tak selesa..hmm anak mama nii...

Alhamdulillah sepanjang perjalanan walaupun agak mencabar, aku sgt bersyukur Firas dikurniakan kesihatan yg baik, walaupun mungkin dia kekurangan air sbb asik berpeluh..terima kasih ya Allah krn memakbulkan doa hambamu ini..dan aku bersyukur jugak dia dpt menyusu dgn baik walaupun makan dia tak tentu dek kerana kesukaran utk sediakan makanan yg di blend..dpt blend pun bile ptg dah basi..kesian anak mama..mmg byk sgt lesson learn mengenai pemakanan firas semasa travel..mama still learning :(

Tuesday, February 21, 2012

Amaran dari taska...

Selalu kita dengar orang bagi amaran kat taska untuk lebih peka pada anak mereka kan....ahaa kalini terbalik taska pulak yg bagi amaran kat aku dan hubby hehe..nak tau knp?

Minggu lepas pengurus taska gitau kami supaya latih firas tak tidur menggunakan buai..ini kerana mereka hanya dibenarkan menggunakan 'rocker' sahaja untuk tidurkan bayi. Kalau guna buai elektrik tu, kesannya baby akan mahu dienjut aje untuk tidur. Jadi ini agak menyusahkan pihak taska. Kalau tak dienjut, firas akan menangis dgn kuat dan akan mengejutkan semua bayi lain yg ada kat situ hehe..

Sekarang ni, dah seminggu firas tak tidur menggunakan buai. Agak berhempas pulas jugak kami nak melatihnya dan akhirnya alhamdulillah dgn izin Allah dpt jugak firas serasikan diri tidur tanpa buai.