Saturday, February 26, 2011

It's tomorrow!...Program Bersama Irfan Khairi

Tak sabar pulak rasanya nak attend program ni besok bersama Irfan Khairi. Seorang jutawan internet.

Aku dh book seat utk 2 org tapi kalau korang nk dtg pon bole sbb ada lg 50 seat free utk yg walk in

Ikutkan aku tak knl langsung dgn dia ni sampaila pd satu hari tu aku jalan-jalan dlm MPH Midvalley.

Masuk je tgk ramai org kat tgh2 tu tgh dgr Irfan Khairi ni berucap lah. Balik rumah je aku terus search siapakah gerangan org ni. Rupa-rupanya beliau seorang jutawan di ketika umurnya 25 thn!

Well, aku dh lebih la 25 thn tp tak jd jutawan pun lg hehe.

Masih muda je lagi..tp seorg jutawan..mesti genius kan dia ni..;p

Oh ye, topik yg diwar-warkan adalah;

    1. Nak jual apa di Internet?
    2. Bagaimana nak mulakan perniagaan Internet?
    3. Bagaimana nak promosikan perniagaan kita?

Amacam?...berminat?..ape lagi jom la kt pegi sama-sama.

p/s : Hmm boleh ke aku jd jutawan ??...

Thursday, February 24, 2011

rasa kecewa atau sedih..meh sini jap

mesti sesekali kt pnh rasa kecewa atau sedih kan. tak kira lah apa puncanya, yg pasti jln penyelesaiannya pasti ada. Tp sebelum ada jln penyelesaian tu kite kene relax dulu..tenangkan fikiran..bak kata omputeh tu let's time heal the pain..

Pertama sekali dah tentu kt kite selalu igt pd Allah SWT, Allah yg menjadikan kita, masalah yg dia timpakan pd kita tu sbnrnya bkn bertujuan sia-sia..so, dlm hati tu selalulah berzikir lah dgn nama Allah,percayalah pasti akan dtg rs ketenangan itu.

Perkara kedua, jauh kan diri dr masalah tu buat sementara waktu, tp kalau aku agak lama la jgk sbnrnye ;p..ignore habis-habisan sampai la fikiran aku sendiri yg nak fikir balik masalah tu..kalau ada teman bolehla luahkan masalah tu pd dia..tp mcm aku pulak tak suka menyusahkan org dgn masalah aku, sampai kan suami aku pun dh naik angin pasal aku perahsia sgt (tp tu masa mula2 kahwin, skrg ni aku dh pandai dh cerita semua bende kat dia..sampai pnt dia nak dgr hehe).

Ketiga, melihat masalah dr sudut yg positif, ni org pesan kat aku la (tp aku tak pnh berjaya dgn cara ni)..korang try la cara ni..susah la rsnya nk tgk dr sudut +ve tu...cuma ape aku buat jgn meratapi masalah tapi perlu dihadapi dan diselesaikan..biasanya aku selesaikan dgn cara men'divert'kan fikiran aku ke tmpt lain sampai masalah tu selesai sendiri..(hehe takdela..sampai aku dpt ilham yg best)..biasanya aku dpt ilham time memasak,haha caya tak?..

Last sekali, masalah tak dtg pd kite melainkan utk kite jd lebih baik..(positif jgk aku kdg2 kan?)..so sama ada jiwa kacau ke kecewa atau tertekan, semua tu dtg kat kita sbnrnya utk kt jd lebih kebal dan kuat utk menghadapi hari esok...insyaAllah, Allah akan sentiasa memelihara kt drpd melakukan perkara yg kurang siuman.

Pandangan seorg wanita : Android vs Iphone OS

Hmm betul jugak...iphone or ipad tak ada kamera depan belakang mungkin satu kesilapan besar bagi company se gah APPLE(kalau ada pun mcm iphone 4 tp cuma boleh video conf dgn iphone 4 je).

Ciri-ciri lain pulak;

Battery life hours
Aku setuju iphone/ipad mungkin tak tahan selama android. Tapi 10 hours battery life should be fine with me.
Cuma kalau bateri rosak, kene tukar the whole thing and of course semua data akan hilang unless ada buat backup. Bahaya jgk ni..

Saiz
Hmm..android besar sket je dari iphone. Well, kalau nak besar beli laptop la terus kan? hehe...

Sync software dgn ITunes
Ni mmg aku paling tak gemar psl iphone or ipad. Selalu kene sync or kene pegi ITunes kalau nak download huge application. But still, at least boleh backup kan. Kalau kene curi ke hilang ke masih selamat. Kalau taknak sync takyah la pegi ITunes. Kan..?

Multitasking??
Android boleh run dual core-processor?? Nak buat ape..ok je tgk iphone punye performance so far. Orang mcm aku ni kasi RAM lebih je..

Kesimpulannya...APPLE tetap rock!! yuhuuu...

Wednesday, February 23, 2011

susah sgt ke nak push button tu kejap?

sampainya hati org tu tak tunggu aku masuk dlm lift..aku nak naik atas jgk...lagi 2 3 tiga langkah je nak masuk dlm lift, aku sure sgt dia dh nmpak aku dah..tup tup tertutup lift tu..hampeh betul…tak boleh ke push sekejap button tu. Penat aku terkejar2 nak masuk dlm lift tu..apela nasib aku

yg peliknya, kalau bangsa asing (maksud aku foreigner), diorg tak kisah pun kalau tgu lama sikit. Kdg2 tu siap angkatkan barang lagi..baik tak? Baik kan..hmm aku x ckp org kita tak pnh wat camtu..pnh jer..tp ssh sket la nk jumpe..

tp takpe, aku paham maybe dia sakit perut kut ataupun kucing dia dh nak bersalin ke..(tp aku pun ada hal urgent jgk..hmm)..ataupun dia x pnh rs lg org tgu dia sampai masuk dlm lift...hmm takpe2..lain kali aku tgu kau masuk dlm lift baru kt naik sama2 ok?...;p

Monday, February 21, 2011

Kenapa Babi Haram?

"Ziela, why don't you eat pork?" tanya seorg rakan non muslim.
'hmm..because pork meat have bacteria". To my surprise,aku pun tak boleh nak jwb dgn baik.(sdgkan aku bole je jwb sbb Allah dh perintah..abis cerita kan).

Takpela,kali ni jom kita tgk knp babi itu HARAM.

1) Firman Allah SWT : Allah hanya mengharamkan kepadamu untuk memakan bangkai, darah, babi dan binatang yang disembelih untuk selain Allah. Sesiapa yang makan dalam kemudaratan tanpa melampau dan tanpa berlebih-lebihan maka dia tidak berdosa. Sesungguhnya Allah maha pengampun dan maha penyayang." (173 : al-Baqarah).
 Jadi sama ada babi ada bakteria atau tidak, disembelih atau tak..hukumnya tetap haram kerana ini adalah perintah Allah SWT.

2) Tahukah anda babi tidak boleh disembelih? Ini kerana Allah menciptakan babi ini tidak mempunyai leher. Oleh itu cara utk mematikannya adalah dgn membunuhnya melalui organ-organ dalamannya. Dgn cara ini, darahnya tidak akan keluar malah bergumpal dalam uratnya dan mengakibatkan dagingnya akan menjadi racun. (buwekkk...nak termuntah aku).

3) Aku ada terbaca bagaimana babi dimatikan. Tapi aku tak sanggup nak tulis di sini sbb aku tak tahan. Ngeri, seksa dan mejijikkan.

4) Cara kehidupan babi adalah yg paling kotor dan jijik. Ia memakan bangkai dan segala apa yg ada disekelilingnya. Kalau perutnya penuh atau makanan dah habis, ia akan memuntahkan balik isi perutnya dan akan memakan balik muntahnya.

5) Babi juga memiliki kebiasaan melakukan seks beramai-ramai. Tidak pencemburu. Malah ianya dikatakan 'homoseksual'. Kalau tak ada babi betina, kawan dia babi jantan pun dia balun. Kalau ada 1 babi betina paham2 lah korang ye.Tahulah aku skang kenapa wujudnya perkataan membabi-buta. Nauzubillah.

6) Ia juga dikatakan haiwan pemalas. Hanya suka tidur dan makan. Tidak suka cahaya matahari malah tidak suka berada di tempat kering dah bersih.

7) Ia dikatakan juga mempunyai gen yg hampir sama dgn manusia. Apabila seseorg makan babi bermakna ada gen babi dlm bdnnya yg menyerupai gen nya. Padanlah alkafirun ni tak jeles kalau isteri dia seksi meksi (ikut perangai babi yg tak pnh jeles).

Jadi, kenapa Allah jadikan babi? Jawapan yg aku dpt, babi ni dijadikan Allah SWT untuk memakan benda-benda kotor lantas membersihkan muka bumi ini. Atas sbb ini shj dah cukupla utk kita tak jamah daging babi.

Walau apa pun, babi bukan lah haiwan yg hina tetapi org yg makan babi itulah boleh dikatakan hina..nauzubillahiminzalik.


p/s: byk betul aku ckp nauzubillahi kan...nak buat mcm mana mmg aku mtk jauh sgt2 keluarga dn keturunan aku dr benda2 ni semua. Kalau korang pi travel jauh2 tu igtlah sikit daging yg korang makan tu walaupun daging ayam halal, kalau bole periksa la dulu minyak apa digunakan utk goreng ayam tu. Dah byk kes ni walaupun kat negara Islam sendiri...

Friday, February 18, 2011

Acah mak enon pagi-pagi makan timun

hah ni la ayat paling femes masa kecik2 dulu..kalau terkena kat batang hidung mak aii bengang giler..ntah apa-apa lah mainan masa kecik dulu, kalau kene ejek je mesti kene 'tengik..tengik', adoyai sakit hati kalau kene tu mau bole bergaduh tak kawan 3 hari hahaha...

ram ram rep anak udang kena sepit..ni lagi satu mainan femes nak lantik si pencari bila nak main nyorok-nyorok,mana ntah dapat ni..sejak abad ke berapa ek mainan ni wujud..

kalau nak pilih pemimpin ke ketua kampung ke boleh guna cara ni? ah merepek je...tapi mungkin boleh guna lat ta lilat kut...eh yeke..

Thursday, February 17, 2011

10 manusia paling berpengaruh dalam sejarah

Malam tadi sambil tengok tv, aku terpandang sebuah buku yang jarang aku baca. Pernah sekali aku sentuh buku ni tapi hanya sekilas pandang. Rupa-rupanya buku ini mengandungi info yang sangat berguna dan mengujakan aku iaitu The 100 - A Ranking of The Most Influential Person In History. Suka aku kongsikan 10 orang yang berpengaruh dalam sejarah kita;

1 - Nabi junjungan kita Muhammad SAW.
2 - Isaac Newton
3 - Jesus Christ
4 - Buddha
5 - Confucius
6 - St. Paul
7 - Ts ai Lun
8 - Johann Gutenberg
9 - Chrisopher Columbus
10 - Albert Einstein

Menurut penulis buku ini, Micheal H. Hart(omputih ye), ramai yang tak bersetuju dengan pemilihan Nabi Muhammad SAW sebagai manusia paling berpengaruh tetapi atas penelitian yang rapi iaitu dengan mengambil tempoh masa selama 3 kurun selepas pemergiannya, pengaruhnya masih kuat dan tidah berbelah bahagi. Kejayaannya dalam perniagaan dan kebijaksanaanya dalam politik juga menjadi faktor penting pemilihannya.