Friday, October 14, 2011

Menanti zuriat .. perkara yang tak perlu ditanya ...

Antara statement yang sering kita dengar;

1) "Ingat ada anak ni senang, nak berjaga malam bagi susu, beli pampers, bawak ke klinik bila sakit...dan jgn haraplah dapat berkepit berdua je lps ni..NO PRIVACY bile ada anak ni..".

..ni mmg ayat standard dari orang yg takde masalah dapatkan anak..this is sooo double meaning ok...nk jaga hati org tak perlu sampai nak tunjuk mcm anda tak bersyukur..

2) "Bila nak ada baby ni?...anak makcik si polan A tu kahwin terus lekat...si polan B tu kahwin awal dari ko kan,dah masuk 2 dah anak dia"

wahhh ni lagi ayat plg laser. Syukurlah Allah bagi rezeki awal-awal makcik...kompem 8 thn tak bercakap dengan makcik ni lagi...

3) "Takyah la merancang sangat..masa muda ni lah nk buat anak banyak-banyak.."

Kalau tak tahu hujung pangkal cerita jgnlah tuduh mcm tu...seolah-olah menanti jawapan yg kononnya kami tak merancang tp tak subur..btl tak?

4) "Pergilah bercuti mana-mana...balik nanti kompem melekat punye.."

Kalau bercuti kompem melekat, dah 10 dah anak kami cik..

5) "Rileklah..buat ape nak fikir sangat..tak pyh stress2" 

kalau korang tgh sakit mcm demam ke atau lagi teruk mcm cancer, pernah tak orang ckp mcm ni kat korang..ape korang rasa?..sure nk bg sebijik kan?? begitu juga kesuburan yg tak mengenal siapa..well my fren, its not easy to battle infertile..

6) "Kalau susah sangat ambiklah anak angkat...byk kes dh amik anak angkat ni terus melekat lps tu."

Wahh..pandainya teka yg kami dah give up untuk dapatkan zuriat sendiri ye..Kajian tak cerita pulak peratusan kesuburan meningkat selepas ambil anak angkat,harap maklum ye...Adoption is a calling and not a fallback plan.

7) "Try jela buat IVF..."

this is somewhat easier said than done..dlm contoh lain, "barang ni takde jual kat Malaysia, cuba cari kat Zimbabwe"..ada 1000 alasan kenapa pasangan yg menanti cahaya mata bertahun-tahun masih tak buat IVF. Antaranya, kos yg tinggi, prosedur yg panjang (merangsang ovari untuk hasilkan telur yang banyak dan kemudiannya dicampur dgn sperma dlm bekas khas bla..bla), persediaan yg rapi mental dan fizikal hanya untuk peratusan kejayaan yg hanya 30-35% (utk wanita < 35thn)...AND NO MONEY BACK GUARANTEED..

Moral of the story
Mereka menerima takdir bahawa rezeki mereka belum sampai, mereka sedang bersangka baik dengan Allah S.W.T. Tapi kenapa perlu disakiti hati mereka dengan bertanyakan tentang perkara yang mereka sendiri tiada jawapannya. Kesabaran mereka sedang berada dikemuncaknya, janganlah diganggu-gugat lagi.

Friday, October 7, 2011

nak complain pasal UNIFI

entry kalini saje je aku nak luahkan ttg ketidakpuashatian pd unifi..baru tak sampai 2 bulan langgan dh jd mcm ni. Ada ke patut kt byr2 mahal2 (mini rm145) tp service sama je mcm streamyx dulu..semua nak tgu 24 hours. Kes aku ni plak kene tgu sampai 2 hari..alasannya hari ni (rabu) bukan hari maintenance..

Geram mmg geram..bkn ape, kalau aku ni bukan pengguna internet tegar takpela jgk, aku ni mencari rezeki melalui internet ni, kalau internet problem aku kene pegi office ke damansara tu..bygkanlah nak travel dgn pregnant 8 bln ni dr kajang ke damasara tu..dgn duit tol n myk lg..mana nak larat..

dah tu pulak keje aku ni plak kdg2 aku kene berconference dgn boss, so nak taknak aku terpaksa guna hp utk dial in conf call tu..costing lg...

antara option yg aku bole guna kalo taknak pi ofis, kene subscribe daily broadband (celcom rm5/day)..yg ni korang pun taula kan kdg2 problem jgk,slow lg..kalau ikutkan cost yg terlibat utk bln ni sbb UNIFI problem ni, dh dkt rm100 bil telefon aku (broadband + phone calls)...lebih baik aku langgan je celcom broadband utk sebulan baru rm98 kan..

lg satu alasan x logik aku terima bila aku call unifi tanye "mana technician kata nak call saya?"..jawapannya, kalau tehnician ada dia akan call dlm 10:30 ni, kak..kalau kul 12 dia tak call akak, akak call kami balik..(ewahhh dh 2 hari aku tgu bole main suh call2 balik sesuka hati ye..ada ke patut)...last2 aku tanya balik "technician unifi ada sorang aje ke???"

sblm ni, ada 1 alasan tak logik lg yg katanya UNIFI ni purposedly utk rumah yg landed so kalau rumah yg tinggi2 mcm apartment mmg ada problem sikit...dah tu knp tak bgtau awal masa nak isi form dulu kan? lg satu alasan ni logik ke atau helpdesk tu yg memandai-mandai...?

last2 haritu aku pi ofis sbb aku taknak bil melambung lg kalau kene dial in conference guna hp...bila on the way tu ada tehnician call kata nak dtg...aku gitau la aku dh pi ofis, then aku citer kat dia problem yg berlaku (internet,tv,phone semua tak bole connect)..aku suh dia check cable kat bawah apartment aku tu kalau2 ada problem...kul 3 ptg dia kol aku ckp jumper cable kat bwh tercabut,so by right connection dh ok..aku try call umah dah ada ringtone...then balik umah mlm tu internet dh boleh pakai...so tak payah technician tu ssh2 nak masuk umah nak tgk connection bagai..

so ape yg aku nampak kat sini UNIFI ni tak ada lg SOP terbaik bile dpt satu2 aduan...kalau aku dh citer A-Z problem yg terjadi tu diorg patut dh bole agak dah ape problem sebenarnye..mcm kes aku ni takyah set appointment pun takpe..dtg je tgk cable,abis citer..kan?..troubleshooting tak segah iklan UNIFI yg digembar-gemburkan dlm TV n kat papan tanda tepi jalan...

lepas ni kalau ada org tanya pendapat aku ttg unifi, aku tau la nk ckp apa...to UNIFI, please lah upgrade your service up to our expectation mcm masa kitorg beria nak subscribe dulu...