Friday, October 14, 2011

Menanti zuriat .. perkara yang tak perlu ditanya ...

Antara statement yang sering kita dengar;

1) "Ingat ada anak ni senang, nak berjaga malam bagi susu, beli pampers, bawak ke klinik bila sakit...dan jgn haraplah dapat berkepit berdua je lps ni..NO PRIVACY bile ada anak ni..".

..ni mmg ayat standard dari orang yg takde masalah dapatkan anak..this is sooo double meaning ok...nk jaga hati org tak perlu sampai nak tunjuk mcm anda tak bersyukur..

2) "Bila nak ada baby ni?...anak makcik si polan A tu kahwin terus lekat...si polan B tu kahwin awal dari ko kan,dah masuk 2 dah anak dia"

wahhh ni lagi ayat plg laser. Syukurlah Allah bagi rezeki awal-awal makcik...kompem 8 thn tak bercakap dengan makcik ni lagi...

3) "Takyah la merancang sangat..masa muda ni lah nk buat anak banyak-banyak.."

Kalau tak tahu hujung pangkal cerita jgnlah tuduh mcm tu...seolah-olah menanti jawapan yg kononnya kami tak merancang tp tak subur..btl tak?

4) "Pergilah bercuti mana-mana...balik nanti kompem melekat punye.."

Kalau bercuti kompem melekat, dah 10 dah anak kami cik..

5) "Rileklah..buat ape nak fikir sangat..tak pyh stress2" 

kalau korang tgh sakit mcm demam ke atau lagi teruk mcm cancer, pernah tak orang ckp mcm ni kat korang..ape korang rasa?..sure nk bg sebijik kan?? begitu juga kesuburan yg tak mengenal siapa..well my fren, its not easy to battle infertile..

6) "Kalau susah sangat ambiklah anak angkat...byk kes dh amik anak angkat ni terus melekat lps tu."

Wahh..pandainya teka yg kami dah give up untuk dapatkan zuriat sendiri ye..Kajian tak cerita pulak peratusan kesuburan meningkat selepas ambil anak angkat,harap maklum ye...Adoption is a calling and not a fallback plan.

7) "Try jela buat IVF..."

this is somewhat easier said than done..dlm contoh lain, "barang ni takde jual kat Malaysia, cuba cari kat Zimbabwe"..ada 1000 alasan kenapa pasangan yg menanti cahaya mata bertahun-tahun masih tak buat IVF. Antaranya, kos yg tinggi, prosedur yg panjang (merangsang ovari untuk hasilkan telur yang banyak dan kemudiannya dicampur dgn sperma dlm bekas khas bla..bla), persediaan yg rapi mental dan fizikal hanya untuk peratusan kejayaan yg hanya 30-35% (utk wanita < 35thn)...AND NO MONEY BACK GUARANTEED..

Moral of the story
Mereka menerima takdir bahawa rezeki mereka belum sampai, mereka sedang bersangka baik dengan Allah S.W.T. Tapi kenapa perlu disakiti hati mereka dengan bertanyakan tentang perkara yang mereka sendiri tiada jawapannya. Kesabaran mereka sedang berada dikemuncaknya, janganlah diganggu-gugat lagi.

No comments: