Monday, June 11, 2012

Balik bercuti dari Langkawi

Penatnye badan baru balik bercuti di Langkawi..sgt mecabar bawa baby pergi bercuti. Dah nama pun baby, usia pun baru 6 bulan. Makan kene blend, panas dan lapar mengamuk, ngantuk pun sama..so everything I do was making him happy in whatever condition/whether we're going thru..cuaca mmg panas, dlm ferry pun firas meragam sbb panas and dia cpt sgt annoyed dgn keadaan sekeliling yg tak selesa..hmm anak mama nii...

Alhamdulillah sepanjang perjalanan walaupun agak mencabar, aku sgt bersyukur Firas dikurniakan kesihatan yg baik, walaupun mungkin dia kekurangan air sbb asik berpeluh..terima kasih ya Allah krn memakbulkan doa hambamu ini..dan aku bersyukur jugak dia dpt menyusu dgn baik walaupun makan dia tak tentu dek kerana kesukaran utk sediakan makanan yg di blend..dpt blend pun bile ptg dah basi..kesian anak mama..mmg byk sgt lesson learn mengenai pemakanan firas semasa travel..mama still learning :(

Tuesday, February 21, 2012

Amaran dari taska...

Selalu kita dengar orang bagi amaran kat taska untuk lebih peka pada anak mereka kan....ahaa kalini terbalik taska pulak yg bagi amaran kat aku dan hubby hehe..nak tau knp?

Minggu lepas pengurus taska gitau kami supaya latih firas tak tidur menggunakan buai..ini kerana mereka hanya dibenarkan menggunakan 'rocker' sahaja untuk tidurkan bayi. Kalau guna buai elektrik tu, kesannya baby akan mahu dienjut aje untuk tidur. Jadi ini agak menyusahkan pihak taska. Kalau tak dienjut, firas akan menangis dgn kuat dan akan mengejutkan semua bayi lain yg ada kat situ hehe..

Sekarang ni, dah seminggu firas tak tidur menggunakan buai. Agak berhempas pulas jugak kami nak melatihnya dan akhirnya alhamdulillah dgn izin Allah dpt jugak firas serasikan diri tidur tanpa buai.

Thursday, December 8, 2011

Pengalaman bersalin yg sebenar-benarnya

Alhamdulillah, akhirnya Allah mengizinkan jua aku melahirkan anak kesayanganku, Muhammad Firas bin Mohd Shuhaibul Fadly tepat jam 8.25pg, 13/11/2011. Entry ini ditulis setelah 26 hari aku deliver. Semuanya dek kerana busy dgn proses berpantang, jaga dan menyusukan baby dsb. Maklumlah kali pertama bergelar ibu semuanya nak kena belajar dan ditunjuk ajar :)....

Kesakitan yg aku alami sebelum bersalin bermula lbh kurang 5.00pg. Aku rasa contraction yg lain drpd biasa walaupun hanya sekali sekala. Tepat jam 5.30pg aku nekad kejutkan husband utk bersiap dan kejutkan mak ayahku yg turut berada dirumahku masa tu. Lepas diorg mandi dn solat subuh, terus kami bergegas ke Klinik dan Pusat Bersalin Alam Damai, Cheras. (tp aku tak sempat solat sbb dh nmpak darah keluar).

Sampai klinik dlm pukul 6:30pg, doktor cek bukaan dah 7cm. Aku dibawa terus ke labour room dan cek bukaan kali kedua 9cm (hanya dlm 2minit). Doktor suruh aku push, maka aku pun push tp tak keluar2 jgk baby ni hehehe..dia suh push mcm nak buang air besar tp aku ttp tak reti jgk haha ke aku tak push cukup kuat. Maklumlah pg2 hari tak sempat nk makan ape2...yg aku tak boleh lupa doktor terpaksa keluarkan air kencing melalui tiub sbb pundi kencing aku penuh. Kalau tak lg lambat baby nak keluar sbb tekanan dr pundi kencing tu.

Waktu ni, contraction yg aku rasakan bukan main lg. 'Menyabung nyawa', itulah perumpamaan paling tepat utk aku gambarkan. Aku tak kisah siapa kat sekeliling aku hehe, menjerit je bila time contraction datang. Last2 doktor beri suggestion utk vacuume sbb dia tgk kepala baby ssh nak keluar dan graf jantung baby pun dah turun naik. Aku dn husband ok kan aje asalkan baby keluar. Tak sampai 2 minit doktor vacuum + aku push sekuat hati dgn panjangnye sampai sesak nafas aku, barulah aku dgr tangisan anakku yg selamat dilahirkan..Alhamdulillah syukur sgt ya Allah....

Terima kasih yg tak terhingga utk pasangan gynea yg bersabar dgn kerenahku sepanjang kelahiran ini iaitu Dr Jamil Omar dan Dr Mazlah Bidin. Both of them are very soft spoken and good looking too :). Walaupun aku taknak push tp diorg sbr je and still speak nicely to me. Sesungguhnya mereka ini sgt baik hati..aku doakan semoga mereka dikurniakan kebahagiaan dunia akhirat..amiin..